top of page

Terma kesihatan 101: Tekanan Darah

Updated: Mar 15, 2023


Rata-rata daripada kita pasti pernah mendengar frasa "tekanan darah tinggi". Namun, apakah yang dimaksudkan dengan tekanan darah? Apakah pula implikasinya terhadap kesihatan secara umum? Ayuh bersama-sama saya untuk mengenali terma kesihatan ini melalui penulisan kali ini.


Apakah itu tekanan darah?

Tekanan darah ialah daya yang terhasil apabila darah dipam melepasi saluran-saluran darah di dalam tubuh. Bacaan ini terbahagi kepada dua, iaitu:


1. Tekanan darah sistolik

atau "bacaan atas" tekanan yang terhasil di dalam saluran darah apabila jantung menguncup atau berdegup semasa mengepam darah


2. Tekanan darah diastolik.


Sistolik, diastolik?

Tekanan darah sistolik ialah . Tekanan darah diastolik atau "bacaan bawah" pula ialah tekanan yang terhasil di dalam saluran darah semasa jantung meregang atau berehat di antara degupan.


Apakah yang mempengaruhi bacaan tekanan darah?

Tekanan darah bergantung kepada rintangan terhadap aliran darah di dalam saluran darah dan bilangan degupan jantung dalam tempoh seminit.


Saluran darah yang sempit dan keras boleh meningkatkan halangan rintangan terhadap aliran darah, sekaligus meningkatkan tekanan di dalam salur darah.


Kadar degupan jantung yang tinggi juga boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.


Berapakah bacaan tekanan darah yang normal?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), tekanan darah diklasifikasikan sebagai tinggi apabila bacaan sistolik melepasi 140mmHg dan bacaan diastolik melebihi 90 mmHg. Tekanan darah sistolik di bawah 90 mmHg dan diastolik yang kurang daripadsa 60 mmHg pula dikelaskan sebagai tekanan darah rendah.


Apakah faktor yang boleh menyebabkan perubahan kepada tekanan darah?

Aktiviti fizikal, corak pemakanan, komposisi badan, status kesihatan, keadaan emosi, sejarah keluarga dan pelbagai faktor lagi dapat mempengaruhi tekanan darah.


Bagaimanakah untuk mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal?

Amalkan diet yang seimbang untuk mengurangkan mendakan lemak yang boleh menyempitkan salur darah.

  • Pengurangan garam dan gula serta makanan yang tinggi lemak dalam diet seharian mampu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

  • Amalkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran hijau

  • Kurangkan pengambilan air yang bergula. Air yang dibancuh menggunakan susu pekat manis juga mengandungi paras gula yang tinggi

  • Lebihkan pengambilan air putih

Amalkan gaya hidup yang aktif dan kekalkan berat badan dan kompososi lemak dan otot yang ideal

  • Lakukan senaman yang sederhana berat secara konsisten, sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.

  • Lazimi memilih alternatif yang meningkatkan pergerakan fizikal, seperti menggunakan tangga berbanding lif dan meletakkan kenderaan sedikit jauh dari bangunan pejabat untuk meningkatkan bilangan langkah sehari

  • Lebihkan berjalan dan berdiri berbanding duduk semasa melakukan aktiviti harian

Urus emosi dan kesihatan mental anda secara efektif

  • Amalkan pengurusan stress yang berkesan

  • Dapatkan nasihat pakar psikologi berkenanan dengan kesihatan mental anda sekiranya perlu

Tangani masalah-masalah kesihatan yang lain dengan betul

  • Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar yang bertauliah mengenai cara menangani masalah tersebut. Elakkan daripada mengikut saranan-saranan daripada orang-orang yang tidak bertauliah.

  • Pastikan anda mendapatkan pandangan doktor sebelum mencuba sebarang ubat-ubatan tradisional ataupun sebarang rawatan alternatif.

Bolehkah masalah tekanan darah yang tidak normal diubati?

Setiap individu mempunyai tahap kesihatan dan kemampuan fizikal yang berbeza. Rawatan bagi pesakit yang mempunyai tekanan darah yang tidak normal perlu melibatkan pelbagai komponen seperti ubat-ubatan, aktiviti fizikal dan senaman, pengurusan diet, pengurusan berat badan, pengurusan psikologi dan kesihatan mental, perubahan keadaan sekililing, sokongan ahli keluarga dan pelbagai lagi. Antara bidang profesional yang boleh memainkan peranan dalam proses ini termasuklah doktor, pakar senaman, pakar pemakanan, pakar psikologi dan sebagainya.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan mesej di ruangan komen atau chatbox yang ada di laman web ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai servis yang kami sediakan di Best Care Physiotherapy, tekan pautan ini.





11 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page