Intensiti senaman adalah kadar kesukaran sesuatu senaman bagi seseorang individu, yang ditentukan oleh tahap kesihatan dan matlamat individu tersebut dalam melakukan senaman. Secara umumnya, intensiti senaman dikategorikan sebagai rendah, sederhana dan tinggi.
"Australia's Physical Activity and Sedentary Behaviour Guidelines" mengesyorkan supaya seseorang individu, samada lelaki mahupun perempuan, mensasarkan untuk melakukan aktiviti fizikal selama sekurang-kurangnya 30 minit pada kadar yang "agak mencabar, tetapi tidak terlalu berat" bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Senaman ini hendaklah dilakukan hampir setiap hari, disamping memperbanyakkan pergerakan seharian dan mengurangkan masa yang diluangkan dalam posisi duduk.
Penilaian pra-latihan adalah penting bagi mengenal pasti individu yang mempunyai masalah kesihatan dan meramalkan risiko yang mungkin timbul semasa melakukan aktiviti fizikal. Melalui penilaian ini, pakar senaman akan menentukan kadar intensiti yang bersesuaian dan selamat bagi tahap kesihatan setiap individu. Dapatkan bantuan bagi mengenalpasti intensiti senaman yang terbaik untuk tahap kesihatan anda melalui konsultansi atas talian bersama pakar senaman klinikal kami di sini.
Tiga kaedah umum yang digunakan bagi menetapkan intensiti senaman yang bersesuaian untuk mencapai matlamat senaman yang optimum adalah:
Kadar denyutan jantung sasaran (Target heart rate)
Ujian bercakap (Talk test)
Skala kesusahan (Rating of Perceived Exertion)
Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan diruangan komen atau anda boleh menghubungi kami secara langsung melalui mesej di laman sesawang ini.
Wan Nurul Islamiah Wan Ahmad
Ahli Fisioterapi, Pakar Senaman Klinikal
Sarjana Sains Senaman Klinikal (USM)
Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (UIAM)
Comments